Nasha Aziz Akhirnya Umum Berita Gembira Di Usia 51 Tahun, Tahniah Buat Nasha!
Aktres yang juga model terkenal Nasha Aziz mengakui jambangan bunga yang sering diterimanya merupakan kiriman daripada seseorang yang istimewa.
Nasha atau nama lengkapnya Noraishah Abdul Aziz berkata, pemberian tersebut semestinya juga dilakukan insan yang menyayanginya.
“Seseorang yang menyayangi sayalah. Sudah tentulah orang yang menyayangi kita akan menghargai wanita itu dalam bentuk bunga.
“Saya rasa itu simbol cinta. Betul tak? Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya.
“Kerana mungkin dengan sifat itu (beri bunga), dia boleh menarik perhatian saya dengan memberikan bunga,” katanya yang sudah mengenali individu rahsia itu sejak sembilan bulan lalu.
Ditanya mengenai perasaannya kini, pelakon filem Laila Isabella mengakui sememangnya sedang dilamun cinta setiap hari.
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta pada setiap waktu.+
“Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua,” ujarnya.
Ditanya mengenai kriteria lelaki yang menjadi idamannya, Nasha, 51, bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi tentang perkara itu.
“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Kita kena kenal lebih rapatkan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem terbaharunya, Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia, Gombak sebentar tadi.
Berkongsi mengenai penglibatannya dalam filem bergenre seram itu, Nasha berkata, dia menerima naskhah tersebut selepas beberapa kali berbincang dengan penulis skrip dan pengarah sekali gus keluar mahu keluar dari zon selesa menerusi watak yang sering dibawakan.
Terdahulu, penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan Nasha sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran naskhahnya terbitannya.
Menerusi perkongsian dalam TikTok, Fadzil memuat naik video dirinya sedang mengusik aktres tersebut untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya.
VIDEO:
SUMBER:cn
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri