“Ramai ingat saya bernikah..” Ogy Ahmad Daud b0ngkar sebenarnya dirisik yang ‘lain

....

“Ramai ingat saya bernikah..” Ogy Ahmad Daud b0ngkar sebenarnya dirisik yang ‘lain’

“Ramai ingat saya bernikah..” Ogy Ahmad Daud b0ngkar sebenarnya dirisik yang ‘lain’

Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau dikenali Kak Ogy menafikan spekulasi mengatakan dia mahu menamatkan zaman solonya tidak lama lagi. Memetik laporan Utusan Malaysia, aktres berusia 60 tahun itu meluahkan ketidaksangkaan apabila ramai ingat dia mahu berkahwin, sedangkan dia tidak berkata sedemikian.

“Ramai orang ingat saya hendak bernikah. Saya tak cakap pun nak bernikah,”ujarnya ketika disoal berhubung status dimuat naik di laman Facebook kelmarin.

Mengulas lanjut, Ogy memberitahu risikan tersebut adalah pinangan daripada produksi, DStar Management di mana mereka bakal mengadakan teater muzikal Wajah Rahsia Hati pada Februari tahun hadapan.

“Risikan yang dimaksudkan adalah pelawaan produser, Hafiz Glamour untuk mengadakan teater muzikal ini sebenarnya. Saya tak ada cakap nak nikah pun,”jelasnya.

Bagaimanapun, Ogy hanya mampu ‘mengaminkan’ sahaja doa orang ramai yang berharap agar dia bertemu jodoh.

Terdahulu, Ogy menyatakan rasa tidak sabar menunggu majlis yang akan diadakan pada minggu depan iaitu pada hari ini. Selain itu, dia juga memberitahu pihak berkenaan sudah merisiknya sebelum masuk meminang dan menerima pinangan tersebut.

Menerusi hantaran dalam Facebook (FB), Kak Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu. “Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. “Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial itu turut mendoakan supaya dipermudahkan setiap apa yang dirancang dan sentiasa beroleh kebahagiaan. Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya,” kata Asry Azizan.

“Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat,” kata Sharifah Meryam Al-Attas. “Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira,” kata Eleen Arisha.

Dalam pada itu, Kak Ogy turut memuatnaik hantaran sama di Instagram (IG) beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini. “Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah,” katanya.

Ogy berkata demikian ketika ditemui oleh media dalam majlis pelancaran teater muzikal, hari ini. Sekadar info, teater Muzikal Wajah Rahsia Hati bakal berlangsung di Gateway Theater Singapura pada 11 Februari tahun hadapan.

Sumber : ohmy media

.... Baca Halaman Selanjutnya

Menu Halaman Statis