4bulan lepas berpisah, Akhirnya keluarga jodohkn Siti Rohayu dengan Jejaka bkan calang2

....


Sekitar Oktober tahun lalu, berita yang melibatkan seorang wanita cekal bernama Siti Rohayu sempat kejutkan ramai apabila mengesahkan tentang perpisahannya dengan suami.

Terdahulu, kisah mereka sekeluarga sering menjadi perhatian ramai selepas wanita berkenaan sanggup menjaga lelaki tersebut sepenuh hati sehinggalah berjaya mampu berdiri dari keadaan yang cukup meluluhkan.

Sempat beberapa kali tolak pinangan, tapi terima jua dengan hati terbuka. Selepas hampir 2 bulan, wanita berkenaan mengumumkan selamat bertunang pada akhir Januari lalu dengan pasangan dari pilihan keluarganya.

Meskipun sempat beberapa kali menolak pinangan kerana takut untuk berumah tangga lagi, namun akhirnya Siti Rohayu atau mesra digelar Umy akhirnya menerima jodoh ini dengan hati terbuka.

Selamat dinikahkan dengan pilihan keluarga di Besut. Di hari Jumaat yang mulia ini, Siti Rohayu telah pun selamat dinikahkan dengan pasangan dikenali sebagai Faiz di kediaman barunya bertempat di Besut, Terengganu.

Walau bagaimanapun, majlis akad nikah yang diadakan hari ini hanyalah untuk ahli keluarga terdekat sahaja. Manakala esok pula akan diadakan majlis bersanding di lokasi bersama.

Terima hantaran bernilai RM33,333 seiring dengan tarikh 3/3/2023. Dalam majlis berkenaan, pihak lelaki telah menyerahkan wang hantaran bernilai RM33,333 seiring dengan tarikh perkahwinan hari ini iaitu 3/3/2023.

Manis dan segak mengenakan persalinan sedondon berwarna cream cair, Siti Rohayu dan pasangan kelihatan cukup serasi di atas pelamin berona sama.

Sumber : klsahdunla

.... Baca Halaman Selanjutnya

Menu Halaman Statis