“Kami Telah Berbincang..”- Cedera ‘Ditolak’ Azhan Rani, Akhirnya Fasha Sandha Ambil Tindakan Ini
Umum sedia maklum, pelakon Fasha Sandha dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terjatuh ketika menjayakan watak lakonan bersama rakan gandingan, Azhan Rani di Johor Bharu.
Azhan Rani kongsi Fasha Sandha tetap mahu teruskan shooting
Meskipun keadaan matanya agak teruk, namun aktres berusia 38 tahun itu tetap mahu meneruskan penggambaran telemovie berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin.
Pendedahan itu dibuat oleh rakan gandingan iaitu Azhan Rani dengan mengatakan Fasha meminta maaf kerana mengalami kemalangan sehingga melambatkan waktu penggambaran.
Oleh itu, Fasha meminta Azhan untuk kekal berada di Johor Bharu dan tidak pulang ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.
“Dia jatuh terkena bucu katil, dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting.
“Semalam masa di hospital, dalam phone dia minta aku stay jangan balik Kuala Lumpur (KL) dulu. Kononnya nak sambung shooting hari ini,”ujar Azhan.
Nasib produksi minta hentikan buat sementara
Bagaimanapun, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani meluahkan kesyukuran sebaik sahaja pihak produksi meminta untuk menghentikan babak yang dilakonkan oleh Fasha sehinggalah dia kembali pulih seperti sedia kala.
“Mujur produksi @geehanmsdnbhd pun dah hentikan dulu babak dia (Fasha) sampai nanti betul-betul sihat barulah kita fikir balik pasal kerja,”ujarnya lagi dalam satu hantaran di Instagram.
Fasha sangat komited
Dalam pada itu, aktor berusia 47 tahun itu memuji sikap Fasha Sandha yang begitu komited dalam menjayakan sesuatu watak dibawanya meskipun mengalami kecederaan di set penggambaran.
“Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia sangat komited dan aku tahu dia sayang gila dengan watak Ana dalam cerita ini. Dia jatuh terkena bucu katil, dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting,”katanya lagi.
Tiada siapa mahukan kemalangan berlaku
Pelakon filem Kalla: Hidup Atau Mati berkata, tiada sesiapa pun daripada mereka mahu kemalangan tersebut berlaku, namun siapalah kita hendak melawan suratan takdir. Katanya lagi, mereka telah melakukan rehearsal sebelum melakukan aksi tersebut.
“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi.
“Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Rehearsal sudah dilakukan. Aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan siapa yang tak luluh dan patah hati menghadap keadaan ini,”jelasnya.
Dalam pada itu, Azhar turut memberitahu dia sempat berhubung dengan Fasha menerusi WhatsApp dan dinasihati doktor untuk tidak terdedah kepada cahaya selain mendapatkan rehat secukupnya.
“Harap beri ruang untuk dia dulu. Ikut kata dia doktor pun nasihat dia jangan expose dengan cahaya. Jadi berilah dia ruang rehat secukupnya. Nanti asyik kena tengok telefon mata dia tak dapat nak rehat pula. InsyaAllah nanti dia sembuh banyak lagi boleh tanya dengan dia,”katanya lagi.
Dikesempatan itu, Azhan meminta orang ramai mendoakan Fasha agar kembali sedih seperti sediakala.
Sumber: Instagram @fashasandha, @azhan_rani