Pada 7 Mac.. merupakan tarikh dimana sebutan kes permohonan cerai pasangan Puteri SarahLiyana dan Syamsul Yusof yang bakal berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berharap dia akan dilepaskan secara baik oleh suaminya yang merupakan seorangpengarah dan pelakon.
“Anniversary saya 8 Mac tapi dah tak rasa apa-apa, tetapi untuk sebutan kes di
mahkamah saya mengharapkan saya dilepaskan, supaya saya boleh move on.
“Serius saya katakan, pada 7 Mac ini saya ingin dilepaskan dengan cara baik, selesai
dengan cara yang elok dan boleh hidup dengan haluan masing-masing dan sambung bekerja.
“Kalau tanya saya sejauh mana saya yakin akan dilepaskan, jawapan saya yakin seratus peratus akan dilepaskan. Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ini.
“Saya ada buat solat istikharah sewaktu saya di Umrah. Kadang petanda itu saya tidak
nampak, kalau terima dalam mimpi saya bersyukur tetapi apa yang saya lihat Allah bantusaya setiap kali ingin buat keputusan, sangat dipermudahkan.
“Apa-apa keputusan saya buat tidak pernah berselindung daripada keluarga mentua saya. Apa sahaja gerak geri saya mesti saya maklum pada mereka.
“Keputusan saya minta dilepaskan mereka juga sudah sedia maklum. Walaupun agak
berat untuk mereka terima tetapi saya beritahu Insya-Allah ia tidak akan menjejaskan
hubungan kami.
“Saya masih akan datang melawat mereka di rumah. Saya akan datang tidur rumah mereka macam biasa. Tiada yang berubah,” katanya.
Mengenai hak penjagaan anak pula, Puteri Sarah memberitahu, dia akan berbincang mengenai perkara itu dengan peguam Syamsul kelak.
“Hak penjagaan anak tiada masalah, saya akan berbincang. Peguam saya dengan peguam dia
akan berbincang.
“Dia pun tahu saya yang banyak berjaga, bila ada penggambaran keluarga saya dan mentua
akan jaga anak-anak saya,” ujarnya.
Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 danmereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam 5, dan Summayah 3.