“Membuka hati untuk berjumpa Syamsul semalam..” Sekian lama, akhirnya syamsul dan Sarah ditemukan semula. Syamsul akur trpaksa tarik semula kes ini

....


Konflik rumah tangga antara pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suami Syamsul Yusof akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing sepakat untuk membubarkan perkahwinan mereka pada 18 April ini.

Menurut laporan mStar, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia dan Syamsul membuat keputusan tersebut dalam keadaan tenang ketika mereka bertemu dan berbuka puasa atau iftar semalam. “Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah berbincang dan mencapai kata sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan.

“Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai,” katanya. Puteri Sarah berkata demikian mendengar keputusan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 24 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengakui tidak menyangka akan terbuka hati untuk bersemuka suaminya yang juga pengarah popular dengan menyifatkan ia adalah berkat di bulan mulia.

“Saya pun tak tahu apa yang membuka hati untuk berjumpa Syamsul semalam. Bagi saya mungkin dengan berjumpa kami boleh selesaikan semua masalah termasuk hal berkaitan penjagaan anak dah nafkah,” ujarnya. Dalam pertemuan tersebut juga, Puteri Sarah berkata pengarah filem Mat Kilau itu akan menarik semula kes nusyuz yang difailkan terhadapnya sebelum ini.

Syamsul akan tarik semula kes nusyuz. Hal berkaitan hak penjagaan anak pula akan direkodkan dalam sebutan pada 18 April nanti.

“Kami (akan) berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh,” kongsinya lagi.

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, bersyukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.

Menurut Puteri Sarah, segalanya dipermudahkan selepas mereka bertemu dan berbincang mengenai semua terma serta syarat yang bakal ditetapkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya. “Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.

“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya kepada XTRA. Dalam pada itu, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.

“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.

 

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais manakala Puteri Sarah diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

Antara komen warganet melihat momen gelak tawa puteri sarah dan syamsul yusof diluar bilik mahkamah.

Terdahulu, Syamsul mengaku sudah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand yang berwakil walikan bapa wanita terbabit, aktor Kazar Saisi. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sumber : oh my medla

.... Baca Halaman Selanjutnya

Menu Halaman Statis