Kemelut rumah tangga antara pelakon, Puteri Sarah Liyana dan juga pengarah, Syamsul Yusof nampaknya bakal menemui noktah apabila bersetuju untuk berpisah pada 18 April nanti.
Mereka juga berada dalam keadaan baik dan tidak mahu bermusuhan memandangkan masing-masing mahu meneruskan kehidupan dengan lebih tenteram.
Mentua beri kata2 semangat kepada menantu
Begitu juga Ibu Syamsul Yusof yang mahu melihat menantu kesayangannya, Puteri Sarah untuk terus berbahagia dengan pilihannya dan tidak jemu menitipkan pesanan lewat posting di Insta Story.
Terbaru Datin Patimah, telah berkongsi beberapa video kata-kata semangat di media sosial miliknya yang ditujukan khas buat pelakon terbabit.Penghargaan suami yang tak kejar harta
Datin Patimah juga sempat meninggalkan kapsyen dengan memberi penghargaan kepada para suami yang tidak terlalu mementingkan harta demi untuk kebahagian anak-anak dan isteri.
Berdoa supaya ada yang ikhlas sayangi PuteriSarah
Tak hanya itu, isteri kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam itu sempat memuat naik gambar cucu-cucunya dan berdoa supaya Allah S.W.T memberikan ketenangan dan kesabaran kepada ibu mereka iaitu Puteri Sarah.
Dia juga berharap agar ‘luka’ menantunya itu segera sembuh dan semoga ada yang lebih ikhlas menyayanginya mereka semua nanti.Terdahulu, Datin Patimah telah menulis satu hantaran yang seolah-olah ditujukan kepada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga anaknya dan Puteri Sarah.
Walaupun tidak menyebut nama siapa, namun ramai yang boleh menjangkakannya kerana punca perkahwinan pasangan tersebut menghadapi masalah adalah disebabkan ‘orang ketiga’.
Sumber: Instagram dpatimah012