Anak Tiri Sebak…Madammu Selamat Bersalin Anak Kandung Selepas 8 Tahun Menanti

....


Perjalanan rawatan IVF usahawan terkenal, Madammu dan suaminya, Azri a.k.a TP cukup menjadi perhatian ramai orang selama ini. Sehinggalah dia disahkan hamil, ramai mendoakan semoga wanita cantik ini selamat membawa kandungan sampai hari bersalin.

Jantina sebenar Baby A masih menjadi teka-teki netizen

Akhirnya sebentar tadi, team Madammu berkongsikan berita gembira untuk semua pengikut. Madammu atau nama penuhnya, Eriyca Baiduri selamat melahirkan anak kandung pertama yang digelar Baby A pada pagi tadi. Pun begitu, belum ada pihak mengesahkan sama ada bayi itu berjantina perempuan atau lelaki. Video dekorasi yang dimuat naik juga disetkan kepada mood hitam putih sahaja.

sahaja.

Madammu berada dalam bilik bersalin selama 1 jam 30 minit & selamat melahirkan Baby A

Dalam pada itu, Ahmadi yang merupakan anak tiri bongsu Madammu dilihat menitiskan air mata saat saat wanita itu dibawa masuk ke bilik bersalin. Difahamkan, Madammu ditolak masuk ke ruangan operation sekitar jam 8.00 pagi dan selamat melahirkan bayi itu pada jam 9.44 pagi.

@noirhealthbeautyAhmadhi sedih for Mummy sebab masuk bilik OT dah 😭🥹#noir#fyp#forypupage#madammu#diarimadammu♬ Sad background music of piano and strings - Rinotzr

Minggu lepas, air ketuban Madammu keluar sedikit demi sedikit

Kira-kira 7 hari lalu, Madammu pernah mengalami kebocoran air ketuban dan perlu berada dalam pantauan pusat perubatan di Kuala Lumpur. Due date akan bersalin pada tarikh 9 Jun nampaknya benar-benar tepat seperti jangkaan doktor.

Kredit : TikTok Madammu noirhealthbeauty kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like

.... Baca Halaman Selanjutnya

Menu Halaman Statis