Itu luahan disuarakan Noraidah selepas dua minggu kematian anaknya yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, yang dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah itu dan dikaitkan dengan kes buli.
Noraidah yang tinggal di Sipitang berkata, pengebumian jenazah anaknya pada malam 17 Julai lalu dilakukan tanpa proses bedah siasat kerana tidak ada pihak mencadangkan kepadanya untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, kematian tragis anak tunggalnya itu menyebabkan dia yang terkejut dan sedih, tidak dapat berfikir tenang dan mahu anaknya dikebumikan segera, namun keesokannya mereka sekeluarga menyedari wujud faktor tertentu yang mencurigakan berhubung kematian Zara Qairina.
Susulan itu, katanya, beliau mahu polis melakukan siasatan telus berhubung kes itu dan pada masa sama, bedah siasat yang pertama terhadap jenazah Zara Qairina perlu dibuat bagi memperincikan punca kecederaan dan kematiannya.
"Pelbagai cerita disebarkan berhubung kematian Zara Qairina dan ia mengguris hati saya. Ia bukan keluar daripada mulut saya, jadi saya mahu semua pihak hentikan spekulasi itu.
"Saya akui kesedihan akibat tragedi menimpa Zara Qairina tak akan padam dan banyak persoalan timbul. Saya mahu tahu punca sebenar kematiannya, justeru proses bedah siasat perlu dilakukan dan kuburnya perlu digali semula.
"Apa pun keputusan yang keluar hasil bedah siasat itu kelak dan siasatan polis, saya terima dengan reda kerana ia menjawab segala persoalan yang masih tiada jawapan sehingga kini," katanya kepada BH hari ini.
Serah kes kepada Bukit Aman
Polis sudah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama 'Kak Wana', 'Kak Dedeng' dan 'Tomboi' iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata siasatan untuk kes itu kini di peringkat akhir yang mana kenyataan kira-kira 60 saksi sudah dirakam polis membabitkan pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah.
Zara ditemui maut pada 16 Julai
Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 pagi 16 Julai lalu, dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Polis tidak menolak kemungkinan unsur buli dalam kes itu, namun menyerahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh.
Mengimbas kejadian yang berlaku pada 16 Julai lalu, Noridah berkata, beliau yang menerima panggilan telefon daripada warden sekolah memaklumkan Zara Qairina cedera jatuh bangunan, bergegas bersama suaminya ke Papar yang mengambil masa dua jam perjalanan.
"Setibanya di lobi wad kecemasan HQE1 pada jam 10 pagi, saya panik melihat sudah ramai pegawai jabatan berada di situ termasuk polis dan pengurusan sekolah.
"Ketika itu, saya dimaklumkan kes ini sudah menjadi kes polis dan ketika dibawa masuk ke dalam, saya melihat badan dan muka Zara Qairina berselirat dengan wayar tetapi wajahnya tidak cedera langsung.
"Doktor dan kaunselor yang ada di situ memaklumkan kepada saya, jika anak hidup sekalipun, dia takkan sempurna kerana otaknya sudah rosak. Saya terpinga-pinga dengan maklumat itu kerana gagal memahami apa yang disampaikan mereka," katanya.
Pernah cerita gangguan
Noraidah berkata, beliau sendiri tidak mengetahui sama ada kematian Zara Qairina ada kaitan dengan kes buli, tetapi tidak menafikan anaknya pernah bercerita mengenai gangguan seksual diterimanya daripada seorang pelajar di asrama itu.
"Doktor dan kaunselor yang ada di situ memaklumkan kepada saya, jika anak hidup sekalipun, dia takkan sempurna kerana otaknya sudah rosak. Saya terpinga-pinga dengan maklumat itu kerana gagal memahami apa yang disampaikan mereka," katanya.
Pernah cerita gangguan
Noraidah berkata, beliau sendiri tidak mengetahui sama ada kematian Zara Qairina ada kaitan dengan kes buli, tetapi tidak menafikan anaknya pernah bercerita mengenai gangguan seksual diterimanya daripada seorang pelajar di asrama itu.
"Arwah Zara Qairina melaporkan kes itu kepada guru kaunseling dan dimaklumkan tindakan diambil jika pelajar terbabit mengulangi kesalahan itu. Bagaimanapun, pelajar itu berhenti mengganggu anak saya.
"Namun, pelbagai cerita buli dikaitkan dengan anak saya dan itu saya tidak tahu kerana saya tinggal lebih 100 kilometer dari sekolah itu," katanya.
Beliau turut mempersoalkan siasatan dilakukan pihak berkuasa terhadap keluarganya di Sipitang bagi mencari punca kematian Zara Qairina sehingga mahu membongkar keperibadian anaknya ketika bersekolah rendah.
"Saya tidak tahu bagaimana sejarah persekolahan anak saya di sekolah rendah dan kehidupan keluarga kami di Sipitang ada kaitan dengan kematiannya.
"Arwah Zara Qairina seorang yang ceria, dia pelajar yang cerdik hingga dapat masuk ke sekolah asrama penuh dan ramai mengenalinya di Sipitang," katanya.
"Arwah Zara Qairina seorang yang ceria, dia pelajar yang cerdik hingga dapat masuk ke sekolah asrama penuh dan ramai mengenalinya di Sipitang," katanya.